PAGAR UTAMA SK SERIAN

LALUAN MASUK KE SK SERIAN, PPD SERIAN DAN PKG SERIAN.

PEJABAT AM

RUANG MENUNGGU.

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, 19 July 2016

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Sekolah

15 Julai 2016 - Program majlis ramah tamah aidilfitri peringkat sekolah telah dijalankan bertempat di dewan terbuka Sk Serian yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri N22 Kedup YB En Martin Ben, Ahli Dewan Undangan Negeri N23 Bukit Semuja YB En John Ilus dan Pegawai Pendidikan Daerah Serian En Yunus Apok serta pegawai-pegawai dari pejabat pendidikan Daerah Serian. Pada majlis tersebut pihak sekolah telah menerima sumbangan kewangan  berjumlah RM10,000.00 dari Adun Kedup YB En Martin Ben dan disalurkan kepada PIBG SK Serian. Majlis turut diceriakan dengan persembahan pelajar-pelajar.












Friday, 17 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU SK SERIAN 2013

Meriah! Itulah gambaran yang dapat dizahirkan apabila warga SK Serian menyambut sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 16.Mei.2013.

Segala persediaan telah dimulakan beberapa hari sebelum majlis bagi memastikan majlis berjalan lancar. Pengerusi sambutan pada kali ini ialah Cikgu John Jinam iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

 Majlis ditambah lagi serinya dengan kehadiran Pegawai Pelajaran Daerah Serian, Encik Omar bin Hj. Mahli.

Seawal pukul  7:30 pagi lagi, guru-guru dan staff sokongan Sk Serian diarak oleh pasukan kompang sekolah untuk mengambil tempat duduk yang disediakan.

Secara keseluruhannya, Majlis pada kali ini dilihat begitu meriah dan memberi makna apabila jamuan makan selepas majlis juga disediakan oleh guru-guru SK Serian sendiri. Inilah dia yang dikatakan sepakat membawa berkat. Semoga majlis ini terpahat didalam memori seluruh warga Sk Serian.
Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda.

Gambar sekitar Majlis hari Guru SK Serian 2013.

















Monday, 21 January 2013

CERAMAH KESIHATAN GIGI PRASEKOLAH SK SERIAN 2013



Pada 16 Januari 2013 yang lepas, pihak pergigian telah menjalankan program pengenalan kesihatan pergigian kepada murid-murid prasekolah SK Serian..ketiga tiga buah kelas prasekolah terlibat dalam program yang bermula pada jam 830 pagi dan berakhir kira-kira jam 9 pagi..Terima kasih diucapkan kepada pihak Klinik Pergigian Sk Serian kerana menjayakan program ini walaupun baru minggu ke 3 persekolahan tetapi anak-anak cilik prasekolah sungguh bersemangat dan hampir semua membawa berus gigi dan ubat gigi seperti yang diarahkan..semoga program seperti ini diteruskan di masa akan datang...Gigi cantik Senyuman menawan...