PAGAR UTAMA SK SERIAN

LALUAN MASUK KE SK SERIAN, PPD SERIAN DAN PKG SERIAN.

PEJABAT AM

RUANG MENUNGGU.

Monday 25 July 2016

KEMASKINI DATA PROFIL PERKHIDMATAN HRMIS

Mohon kepada semua staf SK serian untuk melengkapkan borang kemaskini data HRMIS ini memandangkan pihak kerajaan telah memberi faedah pemindahan gaji penjawat awam bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred dan KGT bulan Oktober yang diawalkan pada Julai 2016. Kerjasama anda amat dihargai.


BORANG KEMASKINI PROFIL PERKHIDMATAN HRMIS  KLIK DI SINI

Tuesday 19 July 2016

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Sekolah

15 Julai 2016 - Program majlis ramah tamah aidilfitri peringkat sekolah telah dijalankan bertempat di dewan terbuka Sk Serian yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri N22 Kedup YB En Martin Ben, Ahli Dewan Undangan Negeri N23 Bukit Semuja YB En John Ilus dan Pegawai Pendidikan Daerah Serian En Yunus Apok serta pegawai-pegawai dari pejabat pendidikan Daerah Serian. Pada majlis tersebut pihak sekolah telah menerima sumbangan kewangan  berjumlah RM10,000.00 dari Adun Kedup YB En Martin Ben dan disalurkan kepada PIBG SK Serian. Majlis turut diceriakan dengan persembahan pelajar-pelajar.












Program Permuafakatan ibu bapa dan guru

1 Julai 2016 -Program ini telah dijalankan bertempat di Kelas tahun 1 hingga 5 bersama ibubapa masing-masing bertujuan:

¨ Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa penting pelajaran.
¨ Mengerat hubungan antara ibubapa dan guru.
¨ Memberi peluang dan ruang untuk ibubapa untuk mengetahui prestasi anak-anak di sekolah.
¨ Mengerat hubungan PIBG dengan pihak sekolah