PAGAR UTAMA SK SERIAN

LALUAN MASUK KE SK SERIAN, PPD SERIAN DAN PKG SERIAN.

PEJABAT AM

RUANG MENUNGGU.

Friday 6 November 2009

Program R.I.M.U.P


R.I.M.U.P singkatan untuk Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. SK Serian telah menjalankan program tersebut pada hari Jumaat, 2 Oktober 2009. 

KONSEP
  RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dankerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan,peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT
  Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN

RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dariperingkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedardan terancang.

Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.

Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khassecara bersama-sama.