PAGAR UTAMA SK SERIAN

LALUAN MASUK KE SK SERIAN, PPD SERIAN DAN PKG SERIAN.

PEJABAT AM

RUANG MENUNGGU.

Friday, 17 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU SK SERIAN 2013

Meriah! Itulah gambaran yang dapat dizahirkan apabila warga SK Serian menyambut sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 16.Mei.2013.

Segala persediaan telah dimulakan beberapa hari sebelum majlis bagi memastikan majlis berjalan lancar. Pengerusi sambutan pada kali ini ialah Cikgu John Jinam iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

 Majlis ditambah lagi serinya dengan kehadiran Pegawai Pelajaran Daerah Serian, Encik Omar bin Hj. Mahli.

Seawal pukul  7:30 pagi lagi, guru-guru dan staff sokongan Sk Serian diarak oleh pasukan kompang sekolah untuk mengambil tempat duduk yang disediakan.

Secara keseluruhannya, Majlis pada kali ini dilihat begitu meriah dan memberi makna apabila jamuan makan selepas majlis juga disediakan oleh guru-guru SK Serian sendiri. Inilah dia yang dikatakan sepakat membawa berkat. Semoga majlis ini terpahat didalam memori seluruh warga Sk Serian.
Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda.

Gambar sekitar Majlis hari Guru SK Serian 2013.

















Wednesday, 15 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013 "GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA"


GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

GURU....Dimanakah Kedudukannya....??


Selamat hari guru diucapkan kepada semua warga pendidik di Malaysia. Perlu diingat, guru bermakna semua insan yang pernah mendidik insan lain samada melalui pendidikan formal seperti di sekolah, institusi pendidikan, institusi pengajian dan juga pendidikan yang tidak formal seperti pengajian pondok, pengajian Al-Quran di rumah, tuisyen dan yang seangkatan dengannya.

Teringat dimasa dahulu, sewaktu berada dizaman persekolahan, kalau disebut sahaja perkataan "cikgu", pastinya ketakutan menyelubungi diri. Namun, dengan didikan dan tunjuk ajar merekalah yang menjadikan manusia benar-benar manusia. Kalau dilihat, kedudukan guru ini sebenarnya berada ditahap yang paling tinggi kerana mereka bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, malahan sebagai pembentuk peribadi anak didik mereka sendiri. Sebagai contoh, profesion perguruan ini amat berbeza dengan profesion lain, doktor misalnya yang merawat pesakit, namun akan terhenti sahaja disitu apabila pesakitbya sudah sembuh, tetapi guru menghasilkan pelbagai jenis manusia yang akan menghasilkan pula generasi lain dibawah mereka. Disini sahaja dapat digambarkan betapa berat dan mulianya tugas sebagai seorang guru ini.

Dalam sebuah cerpen yang pernah memenangi tempat ke2 pertandingan cerpen hari guru peringkat negeri sarawak 2008 (penulis cerpen merupakan warga SK Saint Anthony Bintulu), terdapat ungkapan "teachers produce human". Kalau dilihat makna ungkapan tersebut dengan lebih mendalam, kita akan tahu bahawa gurulah yang akan mencorakkan segala jenis manusia di muka bumi ini melalui pendidikan dan pengajaran yang sempurna.

Namun, dewasa ini, sering didengar keadaan yang mana masyrakat agak memandang serong dengan persepsi yang kurang enak didengar berkenaan dengan profesion perguruan ini. Tidak dinafikan bahawa guru juga melakukan kesilapan, kesalahan dan kekhilafan kerana guru juga merukan khalifah dan insan biasa yang daif sama seperti insan-insan lain.Namun, hakikatnya kerana setitik nila yang dititikkan oleh segelintir golongan pendidik ini, maka setempayan pendidik lain juga menerima tempiasnya.

Disinilah yang ingin dilihat, dimanakah kedudukan guru kini? Dibandingkan dengan masa dahulu, guru ini dipandang tinggi oleh masyarakat, ibubapa menghantar anak-anaknya ke sekolah dengan penuh harapan dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada guru. jika kini, dapat dilihat guru hanyalah satu profesion biasa sahaja seperti profesion lain. masyarakat menganggap, tugas mereka hanyalah mengajar, tidak lebih dari itu.

Tema Hari Guru tahun ini GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA menampakkan agenda membina tamadun negara melalui proses pendidikan yang menjadi nadi pembangunan negara kita di masa akan datang.

Cabaran guru masa kini berhadapan dengan masalah kecelaruan sosial masyarakat yang bermula daripada institusi keluarga yang ampuh dan longlai. Apabila institusi keluarga sejahtera, bahagia gagal dibentuk, maka pembinaan individu manusia menjadi tidak seimbang.

Ini mengakibatkan guru-guru terpaksa terlebih dahulu menangani 'masalah sikap' dan membentuk peribadi para pelajar sebelum meneruskan proses penyampaian ilmu dengan pelbagai medium dan kaedah bersesuaian.

Selain itu proses membentuk daya tahan dan membangunkan sistem imuniti melalui aspek penerapan 'akidah' dan kefahaman terhadap agama serta akhlak merupakan cabaran para guru. Ini adalah kerana dunia ledakan maklumat tanpa sempadan (IT) seringkali membuka ruang dan peluang untuk anasir-anasir negatif masuk dan menusuk minda anak-anak muda kita. Guru-guru dengan wibawa yang tersendiri mampu melatih pelajar dalam mewujudkan daya saing yang ampuh bagi mendepani segala anasir dan unsur-unsur negatif yang berleluasa.

Segala cabaran kehidupan yang dipengaruhi aspek teknologi serta pengembangan ilmu pada hakikatnya akan mendatangkan kesan positif secara menyeluruh sekiranya fokus dan halatuju adalah berdasarkan konsep yang telus.

Allah telah berfirman dalam Surah Al-Asr, yang bermaksud: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Akhir kata, dimanakah kedudukan guru hanyalah ditentukan oleh oleh insan-insan yang tahu bahawa siapakah diri mereka, dimanakah diri mereka, kemanakah diri mereka, tanpa insan yang bergelar "GURU"..

belum terlambat lagi kiranya diberikan ucapan penghargaan kepada semua guru di Malaysia di atas segala komitmen membentuk masyarakat Malaysia supaya menjadi insan yang berperibadi dan luhur tinggi. Anjakan paradigma terhadap peranan mendidik masyarakat perlu dijadikan satu agenda pelaksanaan yang menyeluruh kepada semua warga Malaysia, agar agenda 'mendidik anak bangsa' tidak hanya diletakkan di bahu para guru semata-mata.
(nukilan hanyalah pendapat dan pandangan peribadi penulis semata-mata)

SENAMROBIK SEMPENA HARI GURU & PROGRAM 1Murid 1Sukan


SERIAN, 15.Mei.2013:- Seluruh warga SK Serian bersedia dengan berpakaian sukan bagi turut serta dalam program senam robik yang dianjurkan dibawah Unit KOKurikulum. Cikgu Jaafar Sahari merupakan PK Koku yang menjadi tunjang kepada program ini. Senamrobik ini dijalankan sempena Hari Guru 2013 dan dijalankan serentak dengan Program 1Murid 1Sukan.
Program ini berjalan dengan lancar selama 30minit dan ternyata seluruh warga sekolah teruja dengan program ini.