SEJARAH SEKOLAH


SK Serian merupakan sebuah sekolah yang tertua dan dibina berdekatan dengan jalan raya. Dahulu sekolah ini terletak berhampiran dengan masjid di Kampung Hilir berkeadaan daif dan agak terpencil. Ia dikenali sebagai Council School. Bilangan pelajarnya agak kecil dan terdiri daripada anak-anak penduduk kampung-kampung yang terdekat seperti Kampung Hilir,Kampung Hulu, dan Munggu Limo saja. Disebabkan bangunan yang terlalu usang dan bilangan pelajar semakin ramai, pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan baru, yang lebih kukuh dan boleh menampung bilangan pelajar yang ramai. Kini SK Serian, dipindahkan ke Kampung Munggu Limo. 

Sekolah ini dipindahkan pada penghujung November 1982 dimana ia mula-mula digunakan oleh perserta-perserta kursus KBSR yang pertama untuk menjalani latihan selama seminggu. Sesi persekolahan pertama dimulakan pada awal tahun 1983. Kini ia mempunyai lebih kurang 500 orang pelajar, 56 orang guru dan 12 orang staf sokongan.Pertambahan bilangan pelajar-pelajar tersebut datangnya dari Kampung Seroban, Ranchan, Munggu Limo, Hilir, Hulu, Taman Anggerik, Kakai, Pasir dan sekitar bandar Serian.

0 comments:

Post a Comment