Pada 16 Januari 2013 yang lepas, pihak pergigian telah menjalankan
program pengenalan kesihatan pergigian kepada murid-murid prasekolah SK
Serian..ketiga tiga buah kelas prasekolah terlibat dalam program yang bermula
pada jam 830 pagi dan berakhir kira-kira jam 9 pagi..Terima kasih diucapkan
kepada pihak Klinik Pergigian Sk Serian kerana menjayakan program ini walaupun
baru minggu ke 3 persekolahan tetapi anak-anak cilik prasekolah sungguh
bersemangat dan hampir semua membawa berus gigi dan ubat gigi seperti yang
diarahkan..semoga program seperti ini diteruskan di masa akan datang...Gigi
cantik Senyuman menawan...